BLOGGER SERI MAHSURI

BLOGGER SERI MAHSURI

Thursday, 6 April 2017

GLA Shaklee




Apa yang terkandung dalam GLA Complex shaklee ni ? 

     

Ada 3 bahan sahaja yang terkandung dalam GLA Complex Shaklee ni. Vitamin E saya dah terangkan kelebihannya pada post yang lepas2. So, sekarang kita terus ke Gamma-Linotenic Acid yang diperolehi dari Borage seed oil. Dalam tubuh manusia GLA mampu dihasilkan tapi lebih dikenali sebagai asid linoleik. Asid linoleik boleh dihasilkan jika kita mengambil makanan yang mengandungi lemak tidak tepu di dalam diet seharian kita. Persoalannya berapa ramai antara kita yang membuat semakan makanan yang diambil adalah lemak tidak tepu atau lemak tepu. Ini bermakna kita tidak tahu samaada badan kita dapat menghasilkan GLA yang mencukupi. GLA memainkan peranan penting didalam pembentukan prostaglandin. Prostaglandin merupakan bahan penting dalam mengawalatur perembesan hormon. Dengan ini secara tidak langsung, ia juga turut berperanan mengawal proses badan yang normal.

MANFAAT UTAMA

  1. Herba tradisi yang dipercayai - Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Ia merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.
  2. Mengawal selia estrogen dan testosteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormone lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.
  3. Melambatkan menopaus - Memperbaiki keadaaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.
  4. Memperbaiki prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.
  5. Menentang kanser - GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.
  6. Memperbaiki inflamasi kulit - Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, artritis.
  7. Menghalang komplikasi diabetes - Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.
  8. Pelangsingan dan menghalang tambah berat badan - Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil semasa perut kosong untuk mengelakkan keasidan hiper.
  9. Menghalang tekanan darah tinggi - Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction.
  10. Memperbaiki tekstur rambut - Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.
  11. Hiperaktif and autisma (ADD/ADHD) - Dibukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.  



UNTUK PEMBELIAN SILA HUBUNGI/WHATAPP 016-7663592













Wednesday, 1 March 2017

Kepentingan dan kelebihan alfalfa shaklee




Shaklee Alfalfa Complex mengandungi alfalfa dalam bentuk serbuk yang telah dijadikan dalam bentuk pil. Kalau nak makan alfalfa shaklee ni kita boleh mengambil max 10 biji sehari yang mengandungi 15 kalori, 2 gram karbohidrat dan 10 miligram natrium. Makanan tambahan ini juga merupakan sumber kalsium dan fosforus ini bermakna Alfalfa shaklee adalah sangat baik untuk tulang kita. haaaa... korang tahu tak alfalfa shaklee tu apa? 



Ini lah dia alfalfa. Macam sayurkan. Memang sayur pun. Banyak jual dekat pasaraya-pasaraya. Tapi orang malaysia jarang makan ni, kalau ada pun segelintir je. Kalau dekat negara orang putih, alfalfa ni siap dibuat sandwish la masuk dalam salad la, macam-macam resepi guna alfalfa. Kita kat malaysia je kurang kesedaran akan kelebihan yang terdapat dalam sayur alfalfa ni.



Komponen yang terkandung dalam alfalfa boleh menawarkan manfaat kepada kesihatan jantung dan membantu menurunkan paras kolesterol darah. Saponin adalah sejenis fitokimia dalam daun alfalfa yang boleh mengikat kolesterol dalam saluran pencernaan anda dan tarik keluar dari tubuh anda. Alfalfa ni bukan baik untuk manusia je tau, tetapi haiwan pun makan alfalfa.

               


Haa.... ini pulak gambar alfalfa yang dah berbunga, dah besar la maknanya. cantikkan bunganya.


Alfalfa ni sudah lama digunakan dalam perubatan, orang Yunani menggunakannya untuk merawat penyakit pundi kencing dan buah pinggang. Orang Cina pula menggunakannya untuk membantu menghilangkan batu karang. Dalam perubatan Ayurveda India, ia telah lama digunakan untuk melegakan sakit arthritis dan ulser. Kenapa ek alfalfa ni penting? Dalam alfalfa ada vitamin A, vitamin C, vitamin E, vitamin K dan mineral seperti kalsium, zat besi, kalium dan fosforus. Vitamin yang terdapat dalam tumbuhan ini adalah penting untuk kesihatan mata, kulit yang sihat, melindungi sel-sel anda daripada kerosakan yang berpunca dari sinaran matahari dan pencemaran alam sekitar, meningkatkan fungsi imun dan menguatkan salur darah. Alfalfa juga mengandungi 5.8% lebih protein daripada telur dan 2.4% lebih daripada daging lembu



SIAPA YANG MEMERLUKAN ALFALFA SHAKLEE?

Individu yang mengalami ekzema
Individu yang mempunyai penyakit gout
Ibu yang menyusukan anak, akan menambahkan bekalan susu badan
Individu yang mempunyai masalah buasir
Wanita yang mengalami masalah keputihan
Wanita yang ingin hamil
Individu yang ingin mengawal paras kolestrol
Individu yang ingin menurnkan berat badan
Individu yang ada resdung


UNTUK KETERANGAN LEBIH LANJUT SILA WHATAPP

016-7663592

COD : PUCHONG, PUTRAJAYA, CYBERJAYA, DENGKIL, SAUJANA PUTRA






Tuesday, 28 February 2017

kelebihan ESP Shaklee


APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG ESP.


ESP atau lebih dikenali sebagai protein soya energizing adalah protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi. ESP yang pertama telah dicipta oleh DR Forrest C Shaklee pada tahun 1961, dan ia adalah isolat soya pertama yang pernah dicipta. Selama ini ujian klinikal telah membuktikan bahawa protein soya adalah satu blok banggunan utama untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Gambar bawah ni adalah ESP yang pertama dicipta pada 1961.


Haaa.. kalau nak minum ESP ni senang je, macam-macam cara boleh buat :

1) masukkan 2 atau 3 sudu ESP ke dalam minuman kegemaran anda. contohnya air milo, air buah-buahan, air susu atau horlick.

2) boleh juga bancuh ESP dengan air kosong sahaja.

3) tidak boleh bancuh dengan air panas, kerana akan memusnahkan protein-protein yang ada. Air suam-suam kuku tak pe.

4) boleh dibancuh dengan air sejuk atau boleh disimpan didalam peti ais.




Ok.. sekarang kita cerita kandungan dalam ESP. ESP merupakan satu-satunya produk di pasaran yang telah menjamin untuk menyediakan 9 jenis asid amino yang badan manusia tidak boleh hasilkan. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral dan ESP sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Kumpulan-kumpulan orang yang mendapat manfaat untuk ESP adalah:

1) Ibu yang aktif
    ESP menyediakan serta mengekalkan tenaga, kesihatan umum dan mmbolehkan mereka untuk
    kekal aktif.

2) Sesiapa yang dalam proses penurunan berat badan.
    Campurkan ESP dengan minuman kegemaran anda di pagi hari dan akan membuatkan anda berasa
    kenyang malah anda tidak akan terdorong untuk bersarapan berat.

3) Ibu yang sedang menyusukan anak
    Membantu untuk meningkatkan bekalan susu ibu dengan pengambilan sekurang-kurangnya 3 liter
    air kosong dan kerap pam susu.

4) Penghidap diabetes
    ESP mengandungi glycemic yang rendah untuk penyerapan perlahan glukosa dalam darah untuk
    mengawal tahap glukosa dalam badan daripada terus meningkat dengan cepat. Gambar bawah ni
    menerangkan bagaimana glycemic berfungsi dalam tubuh badan manusia.


5) Golongan yang pentingkan penjagaan kulit
     ESP membantu pada pengurangan parut jerawat di muka dan membantu agar kulit menjadi licin,
     putih dan bersih.

 6) Ibu yang sedang mengandung
     Dengan pengambilan ESP yang secara berterusan akan memberikan tenaga yang seimbang kepada
     ibu yang sedang mengandung serta akan memberi nutrisi yang diperlukan oleh bayi. Malah ESP
     dapat menguatkan rahim semasa mengandung.

APA YANG TERKANDUNG DALAM ESP?


Selain daripada dibancuh dengan minuman kegemaran anda, ESP pun boleh dibuat sebagai masker. Bagaimane caranya? Senang je, meh saya ajar macam mane nak buat. Campurkan 1/2 bekas yogurt dengan 1 sudu ESP. Kemudian sapukan pada muka dan biarkan selama 20 minit dan bilaskan. Buat sekali sehari dan lihat hasilnya selepas 1 bulan. Mungkin ada orang akan dapat hasil yang cepat, ada yang lambat. Semuanya bergantung kepada keadaan kulit kita.





JIKA ADA PERTANYAAN, BOLEH WHATAPP SAYA

016-7663592

PENGEDAR SHAKLEE SAH ANDA



Kelebihan Vivix Shaklee


Kelebihan Vivix Shaklee


   
Setiap hari sel-sel dalam tubuh kita akan rosak akibat daripada pendedahan kepada alam sekitar, diet yang tidak seimbang, dan tekanan (stress). Ketiga-tiga perkara ini akan menyebabkan pembentukan radikal bebas dan ia boleh merosakkan komponen sel DNA dan kerosakkan ini boleh terkumpul dari masa ke semasa. 



Campuran semulajadi pelbagai polifenol yang direka untuk membantu, melindungi dan memperbaiki DNA secara "slow aging" pada tahap selular. Haaaaa...... paham tak.. Maknanya Vivix ni dapat melambatkan proses penuaan seseorang. Tak boleh la tak tua kan. Semua orang akan melalui saat tua, tapi dengan vivix anda akan kelihatan lebih muda dari rakan-rakan sebaya. Dalam vivix terdapat 4 bahan utama yang berkualiti. Kita lihat satu persatu ye bahan-bahannya.

 1) ANGGUR  MUSCADINE                        



Haaa... ini la gambar anggur muscadine yang ada dalam Vivix. Anggur ini adalah anggur liar. Anggur muscadine berasal dari Amerika Syarikat dan ia mula dijadikan tanaman sejak kurun ke-16. Pada mulanya anggur ini digunakan untuk membuat arak, jem, jus dan jeli anggur. Akhirnya saintis menemui kelebihan anggur ini dalam bidang perubatan. Ia digunakan untuk memberi manfaat kesihatan pada manusia. Anggur muscadine ni pelik sikit. Ia boleh tumbuh dengan segarnya dibawah iklim yang berbeza dengan iklim bagi anggur lain. Pendek kata, anggur ni lasak lagi la jika dibandingkan dengan anggur lain. Keadaan ini menyebabkan anggur muscadine lebih kuat dan lebih padat dengan antioksida serta nutrisi berbanding anggur lain. Ia mempunyai 40 kali lebih tinggi tahap antioksidan daripada mana-mana anggur yang lain. Anggur muscadine mempunyai 20 pasang kromosom jika dibandingkan dengan anggur lain hanya ada 19 pasang kromosom sahaja. Kromosom tambahan ini membawa bersama fitokimia dan nutrien yang tidak terdapat pada anggur lain. Malah anggur muscadine mempunyai 6 kali ganda kandungan resveratrol anggur merah yang mengandungi asid ellagic dan anggur muscadine mempunyai lebih banyak serat daripada nasi atau oat. Ini lah dia kehebatan anggur muscadine. Berbeza sungguh dengan anggur yang kita biasa makan.

Oleh kerana kandungan asid elagiknya yang tinggi, kajian dilakukan untuk melihat kebolehan anggur ini melawan kanser dan tumor dalam badan manusia. Kalau orang putih dah buat arak dah dengan angggur ni. Tapi kita orang islam cukup lah jadikan anggur muscadine ni sebagai makanan tambahan untuk kesihatan. Anggur muscadine ni bukan untuk membantu kita kelihatan muda je, malah dapat merawat penyakit kanser dan ketumbuhan. Kalau ikut kajian dari Institut kesihatan (NIH) dan Institut kanser nasional (NIC), ekstrak kulit anggur muscadine dapat menghalang pertumbuhan sel-sel kanser. Bukan sekadar mencegah kanser dan melambatkan penuaan sahaja, malah melalui kajian saintis anggur muscadine boleh membantu penglihatan kita dari menjadi rabun dan buta.  

2) ELDERBERRY




Ini pulak elderberry, rupanya lebih kurang sama dengan muscadine. Nama saintifiknya ialah Sumbucus Nigra. Tapi lain tau kalau tengok betul-betul. Buah elder Eropah antara buah yang digunakan untuk tujuan perubatan di seluruh dunia dan sejak beberapa abad yang lalu. Mengikut penyelidikan moden bahawa elderberries mempunyai anti-radang, anti-virus, dan sifat-sifat anti-kanser. Buah elderberry ni bukan setakat buahnya sahaja dijadikan perubatan, malah bunga elderberry juga digunakan untuk antiseptik luaran untuk merawat luka dan boleh digunakan untuk tujuan kosmetik. Kandungan vitamin c yang tinggi di dalamnya membuatkan jus elderberry sangat bermanfaat untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan manusia, berupaya menurunkan kadar kolesterol untuk mencegah penyakit jantung, membantu mengatasi serta merawat masalah diabetes dan meningkatkan kesihatan jantung serta ginjal. 

3) Purple Carrot



Warnanya yang unik mencerminkan juzuk fitokimianya yang sihat. Kalau lobak lain terkandung beta-karotena dan vitamin A, tetapi lobak unggu ini bukan sahaja mengandungi vitamin A dan beta karotena, malah terdapat sebatian antioksidan yang memberikan manfaat kesihatan kepada kita. Sebatian antioksidan yang dikatakan ialah anthocyanins yang bertindak sebagai anti-radang, anti-mikrob dan anti-carcinogen yang membantu mengurangkan risiko penyakit jantung serta penyakit-penyakit kronik yang lain. Dalam lobak unggu ini juga terdapat asid klorogenik yang bertanggungjawab mengurangkan paras gula dalam darah.

4) Japenese Knotweed



Dikenali dengan nama saintifik Polygonum Cuspidatum, merupakan merupakan tumbuhan berasal dari asia. Ia juga ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Knotweed Jepun ni adalah sumber komersial Resveratrol. Ia sering digunakan kerana manfaatnya untuk melambatkan proses penuaan, merendahkan paras kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet serta membantu dalam proses mengurangkan berat badan.



Sebarang pertanyaan sila hubungi saya di

-Pengedar Shaklee Sah Anda-

Whatapp : 0167663592

Instagram : afanin_shaklee

COD Area : Puchong, putrajaya,cyberjaya, dengkil, Saujana putra








Monday, 23 January 2017

KEISTIMEWAAN PAU YIK MUN DI TANJUNG MALIM


PAU YIK MUN DI TANJUNG MALIM





Assalammualaikum... besar tak gambar pau ni. Ini la pau Yik Mun. Kat malaysia ni banyak jenis pau yang popular.  Ada pau cendawan, pau ayam (bentuk pau tu sebijik macam ayam panggang) dan macam-macam lagi jenis dan rupa pau. Gambar bawah ni contoh gambar pau yang tengah hangat diperkatakan. Pau kat bawah ni pun sedap gak. Tapi dalam blog saya kali ini, saya tertarik untuk bercerita tentang pau Yik Mun di tanjung malim. Mesti semua orang tertanya-tanya apakah keistimewaan pau ni ek?


Kita bermula dengan sejarah pau yik mun ni k. Pau ni halal tau. Ada cop halal tau. Mak saya orang perak, so dia dah biasa makan pau yik mun ni dari kecik. Kalau ikut cerita mak, tokey kedai yik mun ni peramah orangnya walaupun dia berbangsa cina, tapi kebanyakan pelanggannya pelbagai bangsa. Bermula dengan perniagaan yang kecil-kecilan pada tahun 1926, Sehingga sekarang Yik Mun mampu mempunyai jenama produknya sendiri. Dulu pau yik mun ni besar lagi dari yang sekarang ni, dan rupanya pun ada beza sedikit. Dulu inti pau yik mun lain sikit. Kalau pau ayam, inti ayamnya banyak dan berketul-ketul ayamnya. Siap ada tulang ayam dalamnya. Kalau pau daging, inti dagingnya berketul-ketul (bukan danging cincang k). Begitu juga dengan pau kaya dan pau kacang. Roti paunya pun berbeza jugak, kalau dulu paunya ada rekahan macam apam beras. Tak dapat den nak bayangkan, pau ada rekah atas macam apam beras. Gambar bawah contoh apam beras yang ada rekah di atasnya.


Tapi masa sudah berlalu, pau yik mun pun semakin berubah. Tapi masih lagi sedap. Daging ayam dan daging lembu di hancurkan. Kemudian daging tersebut di ketulkan pada saiz yang agak besar. Macam gambar kat atas sekali. Roti paunya tetap sedap walaupun dah sejuk, lembut je. Gambar kat bawah ni, gambar mak saya dan adiknya. Ni la orang yang bercerita pasal pau Yik Mun yang dulu. 


Kalau nak gi kedai Yik Mun ni senang je. Saya guna google map je. Kedainya kat tepi jalan je. 

 


Dalam kedai ni bukan pau sahaja yang dijual, tapi macam-macam menu ada dijual. Konsep yang digunakan untuk pelanggan memesan makanan ialah setiap pelanggan diberi sehelai kertas menu yang beserta gambar makanan. Kat kertas itu pelanggan akan tik dan tulis jumlah bilangan yang kita nak. Lepas tu bagi kertas pesanan tu ke pelayan restoran. Yik Mun bukan sahaja ada pau malah yik mun juga ada produk keluarannya yang lain. Yik Mun ada produk kopi segeranya sendiri. Tak tau la sedap ke tidak,saya tak rasa sebab tak suka kopi. HIHIHIHI... Pau Yik Mun juga ada dipekkan dalam bentuk frozen untuk pelanggan. Harganya RM 26.00 satu bungkus ada 12 biji. Ini harga yang terkini la. Masa-masa akan datang mungkin akan berubah.





Kedai Yik Mun ni tak la berapa besar sangat, tapi selesa sebab kedudukannya adalah kedai yang paling tepi sekali. Ramai jugak pelanggan yang kunjung dalam satu-satu masa. Masa saya datang tu, ramai sangat orang melayu, so tak perlu la ragu-ragu ye. Produk Yik Mun ni pun ada cop halal je.




Dah kenyang makan jangan lupa selfie ye. Haaa.... akk nak bagi nasihat jap. Walau pun kita makan macam-macam jangan lupa tentang kesihatan kita ye. Amalkan makanan tambahan dalam rutin harian kita supaya tubuh badan kita dapat dibantu dan dijaga sebaik mungkin. Shaklee menyediakan pelbagai produk makanan tambahan untuk anda. Saya sedia membantu ada.



WHATSAPP : 016-7663592 (HUDA)
COD : PUCHONG, PUTRAJAYA, CYBERJAYA, DENGKIL, BANDAR SAUJANA PUTRA.






Monday, 7 November 2016

Kelebihan vitamin-E complex



Bismillahirrahmanirrahim... 




  Tengok gambar atas je kita dah boleh teka makanan apa yang mengandungi vitamin-E. Sebenarnya ada lebih dari 30 jenis makanan yang mengandungi vitamin-E. Cuba anda semua pikir, mampu ke kita makan kesemuanya setiap hari untuk membekalkan badan kita dengan vitamin-E complex yang cukup setiap hari? Mesti tak mampukan, paling2 yang perut dia saiz cute miut tu. Dan belum tentu pengambilan vitamin-E dari makanan itu tepat kuantiti nya. Badan kita memerlukan vitamin-E mengikut kategori-kategori berikut,

1) Jenis kulit
    Kulit normal 100 - 300 mg, Kulit berminyak 100 - 200 mg dan untuk kulit kering pula 
    memerlukan 300 mg. Jika kulit anda berminyak, maka tidak memerlukan terlalu banyak 
    vitamin-E kerana akan menyebabkan kulit anda lebih berminyak.

2) Usia
     Semakin kita berusia, semakin banyak vitamin-E kita perlukan kerana pada usia tua ni 
     banyak perkara dah semakin merosot. hihi. contohnya kulit semakin kurang 
     keanjalannya, organ badan dah semakin lemah untuk menjalankan tugasnya dan macam-
     macam lagi masalah bila dah semakin berusia. 

3) Aktiviti
     Aktiviti juga mempengaruhi keperluan vitamin-E. Aktiviti yang melibatkan pendedahan 
     kulit kita kepada cahaya matahari setiap hari akan sangat memperngaruhi keperluan 
     vitamin-E. Lagi banyak kulit kita terdedah kepada matahari lagi banyak kandungan 
     vitamin-E kita perlukan.

BAGAIMANA VITAMIN-E BEKERJA

     Vitamin-E adalah antioksidan yang akan larut dalam lemak dan bekerja dalam sel lipid dan sirkulasi kolesterol. Cara kerja vitamin E sebagai antioksidan adalah dengan menyumbangkan elektron kepada radikal bebas. Karena itu, vitamin E yang kaku akan berubah menjadi vitamin E yang radikal.
Untuk menjinakkannya, diperlukan vitamin C yang akhirnya akan membuat vitamin C juga menjadi radikal. Di sinilah, glutation akan muncul untuk menetralkan vitamin C.


KEBAIKKAN VITAMIN-E UNTUK KULIT, RAMBUT DAN KESIHATAN.



1. Rawatan parut:

Satu lagi faedah yang menakjubkan minyak vitamin E adalah bahawa ia membantu dalam memudarkan parut dengan pantasIa dianggap menjadi pilihan rawatan yang unggul untuk menghilangkan parut yang dialami kerana terbakar atau jerawat

2. Pencegahan kanser kulit:


Bagi mereka yang menghabiskan sebahagian besar masa mereka di bawah panas terik matahari, vitamin E berguna untuk pelindungan matahari.



3. Rawatan stretch mark:

Stretch mark adalah pemandangan biasa semasa atau selepas kehamilan. Vitamin E adalah berkesan dalam penyembuhan tanda sedemikian.




4. Rawatan ekzema dan psoriasis:

Mengamalkan vitamin E boleh menyembuhkan penyakit kulit seperti ekzema dan psoriasis.



5. Rawatan bibir pecah-pecah dan bengkak:


Vitamin E bertindak sebagai pelembap bibir dan amat berkesan dalam menyingkirkan bibir kering atau pecah-pecah.



6. Baik untuk jantung:

Pemulihan dan terapi vitamin E menjadikan diet tambahan yang menyeronokkan. Pemakanan vitamin E dapat menyokong jantung dan seterusnya memastikan kehidupan yang panjang dan sihat.


7. Anti-penuaan:

Semakin meningkat umur kita, pembaharuan sel dan penghasilan kolagen akan semakin perlahan dan ia menyebabkan kehilangan ketegangan dan keanjalan. Diet yang tidak sihat, pencemaran, dan pendedahan kepada bahan kimia akan mencetuskan proses penuaan. Oleh itu, dengan adanya antioksidan paling berkuasa dalam vitamin E, dapat membanti dalam menghilangkan garis-garis halus dan kedutan malah mencegah peluang terjadinya kedutan pada masa akan datang. Ini bermakna vitamin E akan memastikan kulit licin dan tegang.

8. Rawatan sinaran matahari (sunburn):


Vitamin E juga berkesan melegakan sinaran matahari kecil. Ia mudah diserap oleh epidermis dan menyembuhkan kerosakan yang dialami dan disebabkan oleh pendedahan kepada sinar ultra ungu.

9. Rawatan tompok coklat:


Tompok coklat boleh dikaitkan dengan pelbagai faktor seperti kerosakan radikal bebas, penuaan, masalah hati dan lain-lain. Vitamin E adalah berkesan dalam mencegah dan membaiki kerosakan radikal bebas. Dengan pemakanan vitamin E ini dapat melicinkan membran sel dan menyebabkan pertumbuhan semula sel dan seterusnya membantu melicinkan kulit kering dan mencerahkan tompokan tersebut.


10. Merangsang pertumbuhan rambut:

Vitamin E mengandungi antioksidan yang dapat menngkatkan sistem imun dan meningkatkan peredaran darah ke seluruh bahagian tubuh termasuk kulit kepala. Bekalan darah yang sihat adalah perangsang yang baik untuk rambut tumbuh dan berkembang.


11. Mencegah uban pra-matang:

Vitamin E adalah sangat berkesan dalam melambatkan proses penuaan, sama ada kulit atau rambut andaUban pramatang adalah disebabkan oleh pengoksidaan tisuAntioksidan kuat yang terdapat dalam vitamin-E ini berkesan mencegah hakisan tisu, dengan itu mengurangkan kebarangkalian uban pramatang.

12. Pembaikan Rambut Hujung Bercabang:

Hujung rambut yang bercabang dan kerosakan lain yang dialami yang disebabkan kesan dari pengeringan rambut, kerinting atau mewarnakan adalah beberapa masalah biasa yang berkaitan dengan rambut. Ia boleh dirawat dengan bantuan vitamin E.



KEBAIKKAN VITAMIN-E SHAKLEE




JIKA ANDA BERMINAT DENGAN VITAMIN-E SHAKLEE BOLEH WHATAPP SAYA DI NO : 016-7663592
NO AHLI SAYA : 1237530
COD : PUCHONG, PUTRAJAYA, CYBERJAYA, BANDAR SAUJANA PUTRA

Sunday, 6 November 2016

Sejarah, fungsi dan kelebihan dan kekurangan vitamin c dalam badan.

VITAMIN-C

   Vitamin-c telah dijumpai pada tahun 1928 dan vitamin-c juga telah membuktikan dapat mengubati penyakit Vesicular aphtosa ataupun orang melayu kata mata ikan (alaaa... yang duk kat dalam mulut kita tu). Peranan vitamin-c dalam sistem badan kita sangatlah penting bagi menjaga dan memperkuatkan sistem imunisasi terhadap jangkitan malah vitamin-c juga dapat meningkatkan kerja otak manusia.

   Vitamin C diperlukan untuk menjaga struktur kolagen, iaitu sejenis protein yang menghubungkan semua jaringan serabut, kulit, urat, tulang rawan, dan jaringan lain di dalam tubuh manusia. Struktur kolagen yang baik dapat menyembuhkan patah tulang, pendarahan kecil, dan luka ringan. Pada saya pembentukan dan penjagaan struktur kolagenlah yang akan mencantikkan kulit kita. Vitamin c juga berperanan penting dalam membantu penyerapan zat besi. Sebagai antioksidan, vitamin c mampu menetralkan radikal bebas di seluruh tubuh. Vitamin ini juga dapat meningkatkan pembuangan kotoran dalam tubuh manusia. 






    Vitamin-c yang berbentuk suplemen sangat-sangat digalakkan pengambilannya untuk membantu mencantikkan kulit kita. Terutama sekali yang sudah berusia kerana masa ini lah tubuh kita tidak mampu berkerja dengan baik seperti masa kanak-kanak. 

KELEBIHAN VITAMIN-C DALAM BADAN





KEKURANGAN VITAMIN-C DALAM BADAN

   Sebelum saya mengambil vitamin-c, kulit saya kering, kulit muka kusam, pori-pori besar dan kulit muka sentiasa berminyak. Tak tau dah nak pakai produk apa. Hampir semua produk dah cuba. Hasilnya tetap sama. Sehingga la saya terbaca 1 artikel tentang kebaikkan vitamin-c shaklee di internet. Hati tergerak nak cuba. Tak abis 1 botol pun dah boleh rasa kesannya. Masalah yang saya hadapi dulu dah hampir hilang dah. Sejak itu lah saya mula jatuh hati dengan produk shaklee ni. Bila badan kita kekurangan vitamin-c macam2 penyakit datang.  



Ada orang tanya saya boleh ke beli vitamin-c shaklee ni tanpa beli set kecantikannya sekali. Jawapan saya, boleh aje. Anda yang baru mengenali nama shaklee ni, mesti ragu2 dengan produk ini. Anda boleh la cuba dahulu vitamin-c ni dahulu. Bila dah nampak kesan yang memuaskan hati baru la beli set kecantikan shaklee untuk kesan yang lebih memuaskan hati.

WhatApp saya : 016-7663592
COD : PUCHONG, PUTRAJAYA, CYBERJAYA, BANDAR SAUJANA PUTRA


Sunday, 30 October 2016

Kecantikan itu bermula dari hati yang bersih

     Assalammualaikum..... ini first time saya buat blog sendiri, selalu baca blog orang lain je. hihi...  So... coretan yang pertama ini, saya nak bercerita pasal kecantikan.. Kecantikan yang diidamkan semua wanita, adalah kecantikan yang datang dari hati sebenarnya. Tepek la macam2 produk kat muka tu, telanlah berkilo-kilo suplement, tapi tak jaga hati, maka tetap gak tak nampak cantiknya.

    Maknanya klu nak cantik mesti bermula dari hati yang bersih. baru la kita usaha dengan luaran pula.. Bukan senang tau nak cantik. Tapi bila dah cantik mesti puas hati. Petua ni saya dah lama amalkan, insyallah saya turunkan pada anak-anak sekalian.hihihi... Orang kata muka saya cantik bercahaya. itu orang kata. Saya tak kata apa pun. (angkat bakul sendiri nampak).




    Oklah kita teruskan dengan step by step, pada saya cara untuk membersihkan hati ialah bermula dengan muhasabah diri... Ambik masa untuk kita pikirkan mana letaknya kesilapan diri kita. Buangkan perkara-perkara yang negetif yang sering bertapa dalam diri kita. Contohnya dengki, busuk hati, cemburu, dan lain2 lagi. Perkara sebeginilah yang akan buat hati kita semakin gelap. Cara yang sering saya guna jika perasaan cemburu itu datang, saya cuba menerima segala takdir yang Allah tentukan untuk kita. Cubalah solat taubat sebanyak mungkin dan pastikan kita benar2 bertaubat. Apa yang Allah tentukan adalah yang terbaik untuk kita. Walaupun kita rasa apa yang berlaku itu bukan apa yang kita impikan. Percaya pada kuasa Allah. Allah tak akan biarkan hambanya sentiasa bersedih. Disamping itu jangan pula kita tinggal sembahyang dan jangan jugak kita melakukan perkara-perkara yang dilarang olehNya.



20151227_113836.jpg

   Orang kata sembahyang itu tiang agama. ibarat rumah tidak akan sempurna kalau tak ada tiang. Tapi kita kena ingat gak, kalau nak buat rumah sekadar diri kan tiang je pun tak jadi gak umahnya. Maknanya selain sembahyang kenalah tambahkan amalan kita dengan perkara lain. Amalan yang sering saya lakukan ialah berzikir dan bangun sembahyang dimalam hari. Masa saya tak dapat keje dulu saya sering berzikir Asmaul Husna. Saya akan pilih mana2 nama Allah yang sesuai dengan bantuan yang saya perlukan masa itu. Contohnya saya akan zikir "Ya Syakuur" klu ada hajat yang penting. "Ya Aakhir" untuk mohon Allah bukakan pintu rezeki untuk kita. Biasanya saya akan zikir 10ribu 1 hari. Tu masa tak de keje la. Klu macam sekarang ni dalam 4k ke 5k tu kira dah ok lah.



   Insyaallah klu kawan2 semua buat apa yang saya buat mesti hati kita akan bersih. Kecantikan yang datang dari hati yang bersih itu adalah satu kelebihan untuk kita sebenarnya. Selain dari itu cuba juga dengan permakanan yang sihat. Ataupun ambil lah makanan tambahan untuk menjaga kesihatan dan kecantikan diri kita. Saya ni pengguna tegar produk kecantikan shaklee tau. Kesannya cukup menakjupkan. Dulu muka saya banyak bekas2 jerawat dan akhirnya lopak2 kawah tu hilang dan mengecil. Klu muka kita teruk sangat cuba makan collegen shaklee untuk kesan yang cepat. Pastu sambung pula dengan pemakanan set kecantikan shaklee.  Set kecantikan ini terdiri daripada esp, vitamin c, vitamin E-complex dan B-complex. Haaa... klu nak tahu kelebihan setiap produk ini kita sambung ke coretan yang ke-2 k. Bye...




No ahli shaklee : 1237530
WhatsApp : 016-7663592